Nilai HOT TICKET yang semakin kurang....


HOT TICKET....Pengguna Hotlink n Maxis mmg kenal sgt dgn mende ni kan.... penggunaan hot ticket jauh lebih menjimatkan berbanding penggunaan topup biasa pada hot ticket. Saye biasa membeli hot ticket RM15 memandangkan itu sahaja yang paling mudah didapati. Itu pun hanya sesetengah kedai sahaja yang menjual hot ticket..sbb hot ticket ni mcm pisang goreng panas!!!



Setelah berbulan-bulan menggunakan hot ticket, beberapa minggu lepas, saya merasa cukup marah dan bengang sangat dengan hotlink. Harga hot ticket masih dikekalkan, cumanya nilai yang saya biasa dapat telah dikurangkan 50%.

Kawan-kawan boleh tengok perbezaan antara nilai hot ticket lama (atas) dengan nilai yang terbaru (bawah). Dari segi nilai pula, hot ticket RM15 lama, saya mendapat nilai RM73 topup biasa, manakala hot ticket RM15 terbaru, saya hanya mendapat nilai RM33 topup biasa.

0 org sayang Izzan....:

Post a Comment

Dah Baca Jangan Lupa Komen Tau....Terima Kasih Yew...~Izzan~