Sistosele atau Cystocele adalah situasi prolaps dasar pundi kencing pada wanita. Ia biasanya berlaku akibat kelemahan lantai pelvis selepas bersalin dan menyebabkan pengembungan dinding anterior vagina apabila meneran.Sistosele juga boleh berlaku daripada rengangan berlebihan seperti melahirkan anak, sembelit kronik dan mengangkat barang berat. Biasanya keadaan ini berlaku selepas menopaus iaitu apabila estrogen berkurangan. Wanita berusia dan wanita yang melahirkan ramai anak lebih mudah untuk mengalami sistosele.Bagi sistosele ringan dan sederhana, penjagaan sendiri atau rawatan tanpa pembedahan adalah lebih berkesan. Dalam kes sistosele teruk, pembedahan mungkin diperlukan untuk memastikan vagina dan organ-organ pelvik dalam kedudukan yang sepatutnya.Tanda-tanda dan simptom-simptom sistosele.Dalam kes ringan, adalah tidak mustahil untuk individu itu merasai sebarang kebonjolan. Apabila simptom-simptom sistosele muncul, ini termasuklah:
- Rasa penuh atau tekanan pada pelvik dan vagina terutamanya apabila berdiri dalam tempoh masa yang lama.
- Rasa tidak selesa yang semakin meningkat apabila merengang, batuk, tunduk atau bangun.
- Tisu yang membengkak. Dalam kes teruk, menonjol keluar melalui pembukaan vagina.
- Rasa tidak puas untuk membuang air kecil walaupun selepas anda melakukannya.
- Hilang kawalan terhadap urinari atau air kencing apabila terbatuk, ketawa atau mungkin tidak boleh mengawal pembuangan air kencing langsung.
- Jangkitan pundi kencing yang berulang.
- Sakit atau kebocoran urinary sewaktu melakukan hubungan kelamin.
Penyebab Sistosele.Dasar pelvik wanita mengandungi lapisan otot-otot dan ligamen yang menyokong pundi kencing, rahim, kolon dan usus kecil. Jika tisu penyokong ini merengang atau lemah, beberapa organ dalaman anda boleh jatuh ke bahagian bawah tubuh atau prolaps.Kehamilan dan melahirkan bayi adalah punca biasa sistosele. Namun begitu tidak semua wanita akan mengalami sistosele. Ada wanita yang mempunyai ligamen yang kuat dan tidak mengalami masalah ini. Wanita yang bersalin kaedah Caesarean biasanya tidak mengalami prolaps.Penyebab-penyebab prolaps lain mungkin juga disebabkan oleh perengangan lantai pelvik akibat;
- Berat badan berlebihan atau obese.
- Mengangkat barang berat berulang-ulang.
- Perengangan dengan pergerakan usus perut.
- Batuk kronik atau bronkitis.
Faktor-faktor risiko sistosele.Faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko wanita untuk mengalami sistosele:
- Melahirkan bayi.
- Penuaan.
- Melakukan histerektomi.
- Genetik.
Pilihan rawatan yang sesuai.Rawatan sistosele bergantung pada keterukan keadaan masalah itu. Bagi kes ringan mungkin tidak memerlukan sebarang rawatan atau hanya memerlukan penjagaan sendiri yang mudah seperti senaman khas untuk menguatkan otot dasar pelvik. Jika penjagaan sendiri ini tidak berkesan, rawatan yang boleh dilakukan termasuklah:Pesari.Persari adalah satu plastik atau logam berbentuk cincin yang dimasukkan ke dalam vagina untuk menyokong pundi kencing dengan cara menolak ia naik semula ke atas. Bagi kes-kes tertentu, doktor mungkin mencadangkan penggunaan tampon yang besar atau diafragma vagina daripada pesari.Terapi Estrogen.Doktor anda mungkin mencadangkan penggunaan estrogen sama ada dalam bentuk dimakan atau krim sapu vagina jika anda sudah mengalami menopause. Ini adalah kerana estrogen, yang membantu kekuatan otot pelvik berkurangan selepas menopause.Perlukah pembedahan atau tidak?Keterukan atau kes sistosele yang tidak selesa mungkin memerlukan pembedahan. Pembedahan ini adalah elektif dan direka untuk melegakan simptom-simptom berkaitan dengan sistosele. Dalam kebanyakkan kes, pembedahan mengandungi pembetulan vagina. Dalam prosedur ini, doktor bedah menaikkan prolaps semula ke tempatnya dan mengetatkan otot-otot dan ligamen lantai pelvik.Prosedur ini mungkin memerlukan pembuangan beberapa tisu yang telah merengang. Walaupun kebaikan pembedahan jenis ini boleh bertahan lama, namun begitu terdapat juga risiko pengulangan. Ini adalah kerana disebabkan otot pelvik dan saraf akan kembali semula lemah seiring dengan usia yang meningkat.Jika sistosele berulang, anda mungkin memerlukan pembedahan semula. Dalam beberapa kes, terutamanya apabila tisu yang istimewa diperlukan untuk membantu menebalkan tisu vagina dan meningkatkan sokongan. Jika sistosele ini berkaitan dengan rahim yang jatuh, doktor mungkin mencadangkan pembuangan rahim (histerektomi) bagi membantu membetulkan masalah dan mencegah pengulangan.Jika boleh, elakkan pembedahan jika anda mempunyai sistosele besar sehinggalah anda sudah tidak mahu melahirkan anak lagi. Jika prolaps itu tidak memberi keselesaan dan anda perlukan pembetulan vagina, sebenarnya anda masih boleh mempunyai anak kerana melahirkan anak melalui pembedahan Caesarean boleh dipertimbangkan.
(Sumber: Majalah Mingguan Wanita, Bil: 1285, 4-10 Jun 2008, oleh: Julie Roshana Akma Bt Shafee)
Peranakan Turun Tanda Lantai Pelvik Lemah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 org sayang Izzan....:
Post a Comment
Dah Baca Jangan Lupa Komen Tau....Terima Kasih Yew...~Izzan~