RESEPI BISKUT ULAT BULU

Bahan-Bahan: ½ cawan Mentega
2 Cawan Tepung Gandum
1 Cawan Tepung Jagung
2 Biji Kuning Telur Sedikit Perwarna Hijau
Sedikit Perasa Pandan
Sedikit Gula Halus (ditabur ke atas biskut yang telah masak)
Untuk Inti:
1 Cawan kurma (Dicincang /dihiris halus)

Cara:
1. Ayak bersama tepung gandum dan tepung jagung.
2. Masukkan mentega dan kuning telur, gaul sehingga sebati.
3. Kemudian masukkan perwarna hijau dan perasa pandan, gaul lagi sehingga rata.
4. Ambil sedikit adunan dan masukkan sedikit kurma cincang di dalamnya. Setelah itu bentukkan seperti ulat
    bulu.
5. Bakar pada suhu 170C selama 15 minit.
6. Setelah sejuk taburkan gula halus di atasnya.

Tambahan: Adunan hendaklah dibentuk kecil-kecil kerana aduanan akan kembang apabila dibakar.


0 org sayang Izzan....:

Post a Comment

Dah Baca Jangan Lupa Komen Tau....Terima Kasih Yew...~Izzan~