Showing posts with label Resepi Izzan Sayang. Show all posts
Showing posts with label Resepi Izzan Sayang. Show all posts

Resepi Rendang Kambing

 
Bahan-bahan:1kg daging kambing
1 biji bawang besar
2.5cm halia
5 ulas bawang putih
4 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar serbuk cili
1 biji kelapa - diperah santannya
6 helai daun limau purut
1 peket kerisik
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara memasak:1. Perapkan daging kambing dengan bahan yang telah dikisar. Masukkan sekali dengan serbuk kari dan cili. Gaul rata dan perap.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan daging yang diperap itu tadi. Kacau hingga sebati dan pecah minyak.
3. Selepas itu tuangkan separuh santan ke dalam daging dan kacau rata.
4. Setelah agak kering masukkan santan yang selebihnya dan kacau hingga sebati.
5. Masukkan kerisik dan daun limau purut dan kacau lagi.
6. Akhir sekali masukkan gara dan gula secukup rasa.Bila sudah hampir pekat kuahnya, bolehlah diangkat dan dihidangkan.


Kek Lapis Masam Masam Manis



Bahan A
16 oz mentega golden churn
2 gelas gula (boleh di kurangkan gula kpd 1cwn bg yg xthn manis)
2 sudu teh vanila

Bahan B

10 biji telur gred A/B
1 tin susu pekat manis
2gelas biskut marie [ditumbuk]
1gelas tepung hong kong
1 sudu teh bikarbonate soda
1 gelas horlicks

Bahan C

pewarna hijau,kuning atau coklat (pilih 2 atau 3 pun boleh)
12 bungkus haw flakes

Cara cara membuat bahan2:
Pukul Bahan A hingga kembang menjadi putih

Pukul Bahan B berasingan,telur pukul hingga kembang
baru di masok kan yang lain mengikut urutan list bhn ini

Satukan kedua-dua adunan dan kacau rata.
Masukkan tepung biskut marie dan baking powder.

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian , satu diwarnakan kuning, yg satu lagi diwarnakan hijau.
Sediakan loyang 8x8 atau 7x7 juga boleh,sapukan sedikit butter,kertas minyak mengikut saiz loyang,barulah taburkan sedikit tepung ditepi loyang,untuk mengelak dari melekat.
Kukuslah selapis-selapis dan tutup loyang dengan kain putih,atau kertas putih juga boleh,tp letak senduk panjang melintang di atas loyang untuk menahan kertas dari masok ke dalam acuan tu. tutup pengukus,kukus selapis selama 5minit,barulah di masukkan warna yg baru.
setiap 2 warna selang selikan dengan haw flakes.
jika hendak membakar juga boleh tetapi kena tambahkan ovelette.

Ikan Masak Taucu

BAHAN-BAHAN :

3 ekor ikan bawal (blh tukar ikan lain klu nak)
2 peket taucu
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
4 biji cili merah-dibelah 2
1 /2 sudu teh asam jawa segera/atau boleh letak cuka juga
Sedikit gula- tak letak pun boleh
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :

- Bersihkan semua ikan dan letak garam/kunyit , goreng ikan sampai garing .
- Kupas semua bawang dan halia kemudian dimayang halus.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang dan halia , 
- Kacau serta biar sampai bawang layu.
- Masukkan semua taucu dan sedikit air serta kacau. Masukkan gula , asam jawa , garam dan cili merah serta kacau bagi semua bahan sebati. 
- Jika nak lebih banyak kuah tambah la air lagi .Akhir sekali masukkan semua ikan bawal yang sudah digorang tadi , kacau kejap dan rasa la garam kalau terkurang masin tambah la lagi garam , bila dah masak boleh la ditutup api dapur.

 * Boleh juga masukan cili merah...tapi saya jarang masukkan sbb anak2 saya tk nak makan lau nmpk merah2 ni....dorang takut pedas....




Sambal Petai Ikan Bilis


 Bahan-bahan:

 > 10 bwg merah
 > 1 bwg putih
 > 2 genggam ikan bilis
 > cili kisar - ikut suka nak byk mana
 > sgenggam petai -buang kulit putih
 > garam n gula sckupnya

 Cara Memasak:

 > ikan bilis d goreng tp smpi garing...
 > tumis bwg merah n putih yg tlh d tumbuk shingga naik bau.
 > masukkn cili kisar kacau.Perlahankan api.... lagi lama masak smbal lagi sedap rasanya.
 > stlh dh terbit, minyak bolehlah masukkan petai,garam dan gula secukup rase.
 > dah masak,tutup api dan biarkan sejuk seketika...kemudian baru masukkan ikan bilis.Gaul sehingga sebati.

Nota kaki : Sambal ni sedap dimakan semasa nasi panas2 lagi,,,fuhhh,,,,mmg kaw!...ianya juga boleh dimakan bersama ubi kayu rebus.....sedap tau....!!!

Agar2 Milo Faberet 3Wan



My 3wan suka sgt makan agar2 milo ni.....Mmg slu wat untuk dorang.Simple jer caranya.....

Bahan (Lapisan Coklat)
8 gm agar-agar tali (strand) 
1 3/4 cawan air
1/3 cawan gula
3/4 cawan serbuk Milo

Cara-Cara:-
Masak agar-agar bersama air hingga agar2 larut. Masukkan gula dan milo, kacau perlahan hingga gula larut. Tapiskan.
Tuangkan adunan ke dalam loyang empat segi 20 x 20 cm ataupun dalam acuan yang dikehendaki. Biarkan beku sebentar.
Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan coklat dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan susu nanti.

Bahan Lapisan Susu:-
10 gm agar-agar tali (basuh dan toskan)
1 1/2 cawan air ( lebihkan jadi 1 3/4 cawan)
1/2 cawan gula
1 cawan susu sejat Ideal/Carnation
beberapa titis esen vanila

Cara-Cara:-
Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut.
Masukkan gula dan kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan.
Masukkan susu sejat dan esen vanila.
Dengan perlahan-lahan, tuangkan adunan ke atas lapisan coklat tadi. Simpan dlm peti sejuk dulu,baru sedap dimakan......

Resepi Nasi Hujan Panas

Bahan-bahan:
- 3 cup beras basmathi
- Air (sama byk dgn beras)
- 2 biji bawang besar (kisar)
- 3 ulas bawang putih (kisar)
- 2 inci halia (kisar)
- 3 kuntum bunga cengkih *
- 2 inci kayu manis *
- 2 biji buah pelaga *
- 1 kelopak bunga lawang *
- 1 cup susu cair / susu segar
- 1 sudu kecil garam
- Pewarna hijau, merah, dan kuning
- 2 sudu besar minyak sapi
- Bahan hiasan: bawang goreng dan kismis

Cara Buat:
- Panaskan minyak sapi.
- Tumis semua bahan yg dikisar dan bahan * sampai wangi.
- Masukkan air, garam dan susu. Biarkan sehingga mendidih.
- Masukkan beras dan biar masak seperti biasa.
- Apabila nasi hampir kering, buat 3 lubang di tengah nasi.
- Tuangkan setiap pewarna pada tempat yg berlainan dan tutup kembali lubang.
- Tutup periuk dan biarkan nasi betul-betul masak.
- Setelah masak, kacau rata-rata untuk mencampurkan warnanya.
- Hidangkan nasi dengan kismis dan bawang goreng.

RESEPI BISKUT ULAT BULU

Bahan-Bahan: ½ cawan Mentega
2 Cawan Tepung Gandum
1 Cawan Tepung Jagung
2 Biji Kuning Telur Sedikit Perwarna Hijau
Sedikit Perasa Pandan
Sedikit Gula Halus (ditabur ke atas biskut yang telah masak)
Untuk Inti:
1 Cawan kurma (Dicincang /dihiris halus)

Cara:
1. Ayak bersama tepung gandum dan tepung jagung.
2. Masukkan mentega dan kuning telur, gaul sehingga sebati.
3. Kemudian masukkan perwarna hijau dan perasa pandan, gaul lagi sehingga rata.
4. Ambil sedikit adunan dan masukkan sedikit kurma cincang di dalamnya. Setelah itu bentukkan seperti ulat
    bulu.
5. Bakar pada suhu 170C selama 15 minit.
6. Setelah sejuk taburkan gula halus di atasnya.

Tambahan: Adunan hendaklah dibentuk kecil-kecil kerana aduanan akan kembang apabila dibakar.


BISKUT MAKMUR SABAH

BAHAN-BAHAN
  • 1 cawan kacang tanah
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan marjerin – dicairkan
  • Gula aising untuk menyalut biskut
CARA MENYEDIAKANNYA
  • Kacang digoreng tanpa minyak, dibuang kulit dan dikisar halus.
  • Cairkan marjerin, masukkan ke dalam kacang, kemudian masukkan tepung gandum. Gaul sebati sampai boleh dibentuk.
  • Bentukkan menjadi bulat atau bujur kecil. Susun di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 160 darjah Celsius selama 25 minit.
  • Angkat dan sejukkan. Salut dengan gula aising sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.