My Munceet


Saya panggil dia munceet...
sebab dia buncit kot,tp itu dulu lah..
skrg perut dia dah susut susut sikit,dah slim...
tp sy tetap panggil dia munceet...my munceet!!

Dia antara yang terindah yang pernah saya dapat...
seorang lelaki yang penuh dengan kasih sayang...
dia datang dalam hidup saya dengan cerita yg pedih...

Saya tak pandai berijwang..
tapi cukuplah saya nak dia tau...
saya memang ikhlas menerimanya..
saya nak bahagiakan hidup dia
dan hidup saya juga..
saya nak hidup kami berdua menjadi lebih bahagia selepas ini....

Kadang2 takut kehilangannya...
takut bila tak mendengar suaranya setiap malam...
takut bila dia kembali pada asalnya...
terlalu takut...
tapi  perlu redha ats ketentuannya..
kita hanya berupaya utk merancang,tapi bukan kita yang menentukannya
hanya mampu berdoa...
semoga kami dapat hidup bersama sampai  bila-bila...


Penat




Kembali bergelar pelajar memang memenatkan....
Sungguh,saya penat..
Semalam seharian berada di bilik kuliah..
berhadapan dengan pelbagai dan ragam lecturer..
ada yang menyenangkan...menyeronokkan...
ada juga yang menyesakkan dan menyebalkan...
Soory to say...kita belajar memang bermain dengan psikologi
Setiap butir perkataan yang keluar dari mulut yang berdiri di hadapan kita sebagai lecturer
kita anggap sebagai ilmu yang bermanfaat..
Tapi jika kata-kata yang terpacul itu berbentuk hinaan dan cemuhan...
22 hati dan perasaan yang berada di dalam bilik kuliah itu akan terguris....
terguris sangat2....
Mungkin memang salah kami...tugasan ' English language Profenciency' yang kami hantar tidak menepati apa yang dia nak...
Walaupun kami semua sudah bergelar guru,tapi bahasa inggeris bukan bidang kami...
sebab itu kami datang untuk menuntut ilmu....
"Saya terpaksa berhadapn dengan cikgu-cikgu yang tak sepatutnta berada di sini"...
kata-kata itu memang terngiang2 di telinga sampai saat ini...
Mungkin dia berniat baik,ingin mencetuskan keazaman di hati kami untuk bersungguh-sungguh dalam menyiapkan semua tugasan yang diberi...tidak ada kopi pes,tidak ada tempah2 esaimen....
dia nak kami buat tugasan itu dengan hati dan idea sendiri...ditaip oleh jemari kami sendiri..
tapi berbaloi ke kalau setiap kekurangan dan kelemahan kami pun turut dicemuh....???
Ayat berterabur....grammar lintang pukang...semua lose!!

Peristiwa semalam memang menyakitkan hati saya...dan juga kawan-kawan...
Semua kerja kursus yang telah dihantar di kembalikan...
Dia nak kami buat semula...
dan saya menulis entry ini setelah membaik pulih tugasan saya tu sejak pukul 4 pagi tadi...
Hati berkobar-kobar nak buat yang terbaik..
tapi jika hasilnya masih tidak memuaskan hati dia...
saya dah tak mampu dan tidak tahu nak buat apa-apa...
Apa sahaja yang kami dengar dari mulut dia..itu semua hanya untuk memberi kami semangat...
bukan untuk memperlekehkan dan memandang rendah pada kami....

Oh...ya...saya macam perasan,kenapa dia itu mengamuk semalam...
mungkin sebab borang soal selidik yang kami buat terhadap subjek yg dia ajar...
rata-rata kami memberikan markah 1,2 dalam soal selidik itu...
tkde yang memberikan 5 bintang pun....
Erm...tapi tak baik bersangka buruk dengan dia kan...
sentiasa bersangka baik itu lebih baik....

Cukup dulu untuk kali ini....saya penat...
Jumpa lagi nanti....
Selamat berhari minggu semua..!!


Satu hari Satu Resepi




Nak tau tak?
Saya bukan seorang yang pakar dalam bab2 memasak ni...
Sebab tu bila terpandang buku ni,terus tergerak hati nak membelinya...
Buku ni memang berguna sangat pada saya
Ada 300 lebih resepi yang terkandung di dalamnya...
berbaloilah dengan harganya yang seposen lagi jejak RM40...

Langkah memasaknya senang untuk diikuti..dan yang best...pasti menjadi!

Pada sesapa yang merasa diri tu lemah dalam memasak ni...
carilah buku ini...
pastinya anda akan berpuas hati dengan hasil masakan anda sendiri....

Jom memasak...!!
jumpa lagi nanti.......Assalamualaikum!



Kebahagiaan Ini

Salam....


Selamat pagi semua...
Alhamdulillah.....kita terselamat daripada amukan tsunami malam tadi.Lega sangat bila amaran tsunami ditarik balik pada pukul 10.00 mlm....mungkin ini berkat doa kita yang tak henti2 memohon perlindungan dariNya...
Syukur..Alhamdulillah....
Terus terang mmg saya rasa risau sangat malam tadi.Hampir nak pengsan bila membaca setiap status dalam facebook dan twitter.Rumah my munceet tu cuma 300m jew dari pantai....saya risaukan dia...terlalu risau! Kenapa saya risau???sudah tentulah sebab saya sayangkan dia....
Kebahagiaan saya dengan dia bukan dibuat2....Terlalu banyak dugaan....tapi atas dasar kasih sayang ini,saya masih bertahan dengan dia...Ya Allah..permudahkan lah jalan kami untuk menyatu...
Saya bahagia mendengar suaranya setiap hari...walau jarak memisahkan kami tapi hati kami terasa tersangatlah dekat....Dia insan yang terlalu istimewa untuk saya...terasa diri ini begitu disayangi dan dihargai...
My munceet....telah kusiapkan dalam hati ini satu daerah untuk kau isi sebagai suami.....ku nantikan detik itu!

Rindunya Dengan Mr Blog ni....

Salam semua....

Dah berbulan tak menjengah Mr Blog ni....
Bukan hilang mood nak bloging...tapi masa jadi penghalang....
24 jam tu macam tidak cukup...
Kehidupan saya kini semakin sibuk...dengan tugas di sekolah yang semakin bertambah...
Saya kembali bergelar pelajar....diterima melanjutkan pelajaran ke IPG untuk program PPG
Alhamdulillah...setelah menangguhkan untuk beberapa tahun atas sebab2 yang tertentu...
hari2 saya menjadi terlalu sibuk....dengan kerja kursus dan tugasan yang perlu disiapkan....

My 3wan pula semakin membesar dan semakin bertambah2 nakal...
kadang2 melayan mereka membuatkan saya letih dan penat...,
tapi hanya mereka dunia saya...hanya mereka yang saya ada...
Apapun yang saya lakukan semua untuk masa depan mereka....

Saya lega...selega-leganya....
Akhirnya saya dapat mencoretkan sesuatu di sini...
setelah sekian lama....
Untuk kawan-kawan yang selalu menjengah blog yang tidak seberapa ini...
terima kasih banyak2...
Hadirnya anda semua di dalam blog ini adalah pendorong saya untuk terus berkata2 dan mencoretkan pengalaman saya di sini....
Hidup ini indah sebenarnya....
sekali pun kita terluka beberapa kali...dihadapan kita ada bahagia yang bakal mnanti!
Allah menyayangi kita...sangat2 menyayangi hambanya....
Kelukaan dan air mata yang pernah kita rasa adalah ujian yang akan membuatkan hati kita menjadi lebih tabah....mengajar kita menjadi lebih kuat...

InsyaAllah...saya akn kembali lagi selepas ini...sekerap yang mungkin...
Semoga kita semua berada dalam lindungan dan rahmat Allah....

Assalamualaikum!

Aku Kembali.......

Salam Semua....

Aku kembali lagi setelah hampir 2 bulan blog ni kene hack...
Bru malam tadi aku dapat balik password....Terima Kasih Kepada Hacker Yang Baik Hati Itu...
Selama dua bulan menyepi...banyak benda yang tertinggal untuk dicoretkan di dalam Mr blog ni...
Aku mati idea....takde mood lagi nak update entry yang panjang......
Insya Allah,selepas ini...aku akan kembali lagi...!!!

Updates lagi????

Bila idea datang tanpa diduga...
lancar jer jemari ini menaip....
Tapi bila tiba saat idea buntu....
hanya mampu menatap kosong ruangan New Post ni....
Hari ini....ini entry kedua saya....
Idea ini timbul selepas berfacebook berjam2 lamanya....
menghilangkan rasa boring yang melanda....
Setelah berhari2 menyiapkan urusan pemarkahan dalam SAPS.
Nasib baik saya tk mengajar Tahun 1....
sebab ramai di kalangan rakan guru Tahun 1 mengeluh masih pening2 lalat dengan band2 dalam KSSR tu....

Oh ya....saya nak kongsi satu cerita panas tentang PAYUNG EMAS.....
pembaca lelaki suka aje kalau bab ini kan....
seingat saya,minggu lepas TV3 ada menayangkan cerita tu...
malam tu cerita tu ditayangkan....
keesokkannya bila buka FB jew,news feed saya dipenuhi dengan
perkataan PAYUNG EMAS.....sudah tentu dalam versi yang berlainan....
Yang lelaki versi lelaki....
Yang perempuan versi perempuan.....

Dan tadi,,,ada seorang hamba Allah...seorang lelaki menegur saya dalam ruangan chat...
bertanya tentang kehidupan saya.....
dengan jujurnya saya jawab setiap soalan yang dia lontarkan...
dari pekerjaan....hinggalah soal anak2....
Dia terkejut bila dapat tahu saya hidup cuma dengan anak2 saya...
tanpa seorang suami....
Soalan dia " anak2 masih kecil lagi naper berpisah? "
Saya jawab seikhlasnya....." saya tidak mahu sharing2 is caring"
Lepas tu dia pun mulalah.....
Cuba memberikan hujah2 dan melabelkan saya seorang yang bodoh,akal pendek sbb bila bab madu2 jer sanggup berpisah.....
Dia kata saya ni kawen tk ikut sunnah,tapi ikut nafsu.....
LELAKI...kalau bab kahwin lagi mmg igtlah segala sunah2 nabi...
Nak tanya ler...ada tak perempuan kat luar sana yang sanggup bermadu???setelah dikhianati dan ditipu bertahun2 oleh suami sendiri?
Saya jamin,tidak akan ada.....
Dia menjawab,mana ada tipu,dia nak kawen lain,itu hak dia...dan dia tk perlu pun bagitau awak klu dia nak kawen lagi...
Hah???apa???
Dalam hati dah panas....sebelum dia keluarkan lagi hujah2 dia baik saya BLOCK terus jantan tu....
So....kesudahannya...selamat tinggal teman....!!!






7 Sikap Dibenci Ketua

Berbakat sahaja tidak mencukupi sebaliknya anda juga harus peka dengan kehendak jika mahu dipandang tinggi oleh ketua anda.Kenalpasti apa yang tidak disukai ketua dan jangan sesekali mengamalkanya.Tingkah laku anda pasti menjadi perhatianya dan bakal mengundang tanggapan negatif.Oleh itu hindari sikap-sikap di bawah ini agar tidak dibenci oleh ketua sendiri.

1. MERENDAH KREDIBILITI ORANG LAIN
Jangan bersikap demikaian kerana ini akan menyebabkan perasaan tidak senang di kalangan rakan kerja yang lain.Sebaliknya tunjukkan sikap ramah,mesra serta rendah diri walaupun anda mempunyai pangkat yang lebih tinggi.

2. PERKARA REMEH
Jangan mengadu perkara yang tidak penting.Anda harus sedia maklum akan kesibukan ketua dan dia tidak mempunyai masa untuk melayan perkara2 yang remeh temeh.Ianya hanya akan mendatangkan perasaan kurang selesa ketua terhadap anda.

3. TIDAK BERDISIPLIN
Jangan lewat datang ke tempat kerja serta masuk pejabat sesuka hati.Tidak berdisiplin bukanlah sesuatu yang pelik malah merupakan penyakit sejak dulu lagi.Andai anda berdepan masalah,berikanlah alasan yang munasabah agar dapat dipertimbangkan oleh ketua.
 
4. BERDOLAK DALIH
Jujur dan cuba berterus terang jika melakukan sebarang kesilapan.Jangan menunding kesalahan kepada orang lain,ini akan mengakibatkan ketua anda  mungkin hilang kepercyaan terhadap diri anda.

5. TIDAK BOLEH
Elakkan sikap kurang keyakinan diri dan jangan sesekali katakan tidak boleh.Tanamkan sikap positif yang anda mampu melaksanakan apa jua tugasan yang diberikan.kesannya ketua akan pasti menyukai anda.

6. BANYAK CAKAP
Hanya banyak bercakap daripada bekerja.Suka bergosip dan cakap besar.Itu semua dibenci oleh ketua.Cuba tunaikan apa yang anda cakap,bukan kah ianya lebih baik?

7. JATUH MENJATUHKAN ORANG LAIN
Amalkan saling menolong,berkongsi2 ilmu serta maklumat.Kerja berpasukan sebegini bakal menghasilkan kerja yang luar biasa.

SHARING IS CARING..
Info daripada : Majalah Seri Dewi & Keluarga keluaran Mac 2010


Rindu My Home Town

Rindukan kampung halaman saya...
nun jauh di sanaaaaa.....
cuti tahun ni tak balik kg pun...
ada sebabnya....
keputusan permohonan pindah tidak diluluskan....
so dengan itu rayuan perlu dibuat di Kementerian Pelajaran yg berpusat di Putrajaya!!
tetap akan berjuang untuk merayu!!!
merayu dan merayu!!!
berusaha sendirian....
tanpa mengharapkan bantuan sesiapa!!

Baru-baru ini seorang teman FB saya pergi bercuti ke negeri asal saya SABAH
banyak cerita menarik yang dia kongsikan dalam laman FB dia....
Dahulu pernah juga terbaca kat blog seseorang yang pernah melawat SABAH
sedihnya baca entry yang dia buat....
gambaran dia tentang makanan di sana....
sungguh menyedihkan!!!
aduhai....lain negeri lain tekaknya...
tak payah lah memburukkan betapa tidak sedapnya makanan kat sana....

Sebut tentang makanan....
saya teringin nak makan beberapa jenis buah-buah yang terdapat di negeri saya itu...
kalau nak cari kat sini,jenuhlah tak akan jumpa.....

Yang ni buah bambangan......



Ini buah bambangan yang telah dijeruk.....sedap dimakan bersama ikan bakar!
Kalau kat Sabah,durian ini dipanggil durian sukang...isinya merah.... 

Ini pulak buah Belunu...org sini pnggl Binjai,tp rasa Belunu lg manis daripada Binjai
yang ni buah Tarap.....buah yg masih mentah boleh dibuat sayur!
Isinya manis......
Aduiiii....rindunya nak makan semua niiiii :(


UNTITLE 2

 
Seringkali keraguan
menyebabkan kita tersungkur 
sedangkan pada mulanya kita begitu yakin 
dengan jalan yang kita pilih..
Langkah kita tiba menjadi lemah, 
semangat menurun
lantaran kabus keraguan
mula menutupi awan pemikiran kita 
sehingga matlamat kita yang tadinya jelas,
sekarang mula kabur dan kita mula kehilangan kata kata...
 




11 Tanda Penyakit Yang Perlu Diambil Perhatian

1. Batuk atau muntah2 sehingga mengeluarkan darah---> Anda mungkin mengalami batuk kering,kanser paru-paru atau pendarahan bahagian dalaman

2. Sakit,bengkak kemerahan atau kehangatan di bahagian kaki,anda mungkin juga akan merasa kekejangan pada waktu malam atau warna kulit berubah menjadi biru atau pucat---> Ia menunjukkan kemungkinan anda mengalami pendarahan beku di dalam bahagian tubuh.
 
3. Sakit kepala yang terlalu teruk secara tiba-tiba--->Anda mungkin menghidap penyakit stroke atau pembengkakan pembuluh darah.

4. Selalu berasa seperti hendak pitam---> Anda mungkin menghidap dehidrasi jantung,stroke,sawan,denyutan jantung yang tidak teratur,anemia,gula/darah rendah atau masalah lain.

5. Ksukaran bernafas atau sesak nafas---> Anda mungkin manghadapi serangan asma atau radang paru-paru

6. Berasa sakit dada atau mual ketika hendak bernafas.Kesakitan boleh menarik sehingga ke bahagian bahu atau lengan---> Anda mungkin mengidap serangan jantung,berasa lemah,kebas,berat atauketidakupayaan untuk bergerak secara tiba-tiba pada sebelah bahagian badan.Ia juga mungkin akan diiringi dengan masalah melihat,bercakap,pening,pengsan atau kekeliruan dan semua simptom akan hilang dalam masa seminit atau lebih,ini adalah tanda anda diserang penyakit stroke.

7. Hilang selera makan,loya atau muntah beserta sakit perut,bengkak pada bahagian abdomen,demam atau badan sentiasa dipenuhi angin--->Anda mungkin mengidap apendiks atau usus tersumbat.

8. Perubahan secara tiba-tiba dalam status mental,seperti tidak tahu di mana anda berada atau tidak mengenali siapa orang yang sepatutnya anda kenal---> Anda mungkin mengalami stroke atau lain-lain masalah neorologi,kecederaan kepala,jangkitan atau masalah gula darah rendah.

9. Secara tiba-tiba,pening yang amat teruk---> Anda mungkin mengidap stroke,serangan jantung atau kesan sampingan pengambilan ubat.

10. Secara tiba-tiba terdapat gangguan atau kilauan dalam penglihatan anda---> Anda mungkin mengalami permasalahan retina mata untuk berfungsi dengan baik.

11. luka yang sukar  untuk sembuh---> anda mungkin mengidap jangkitan sistemik

Along Yang Caring!


 Bila makan,die selalu duduk dekat2 dengan Adeq....
Selalu suapkan Adeq....





Bila bermain...dia tak nak jauh2 dari Adeq....
Selalu perhatikan Adeq....
Bila Adeq terjatuh...dia akn cepat2 tolong Adeq.....

Kadang2 kesian tengok dia...
Banyak mengalah untuk adik2nya....
Paling sebak bila time Adeq bangun tengah2 mlm....
Adeq akn tepuk2 badan dia....seolah2 nak kejutkan dia....
Setiap malam Adeq tidur sebelah dia.....
Kalau Adeq nangis pun,Adeq akan cari dia.....

Angah???
Biasalah...anak kedua ni orang kata lain sikit perangainya.....
Angah pun syg Adeq juga...tapi lebih suka buli Adeq...hehe!
satu persamaan dia dengan Adeq...dorang berdua mmg kuat makan dan suka makan....!!!


Blog ni Dah Berat?

Ada seseorang yg menegur saya.....
'blog makcik ni berat sgt laa.....'
laaa....saya tak perasan pula.....
Dengan itu acara penyedutan lemak pun segera dilakukan.....
beberapa widget yang tak berapa penting sangat telah disingkirkan....
Mungkin juga sejak dua tiga hari lepas saya sering membuat entry bergambar....
sesuka hati jer nak tempel banyak2 gambar kan.....
Atau ada sebab lain yang saya tak perasan....
Anda semua tau tak naper blog kita jadi malas nk loading cepat2?
macam oarang selalu cakap...blog berat laaa....
Tolonglah bagi pandangan yew.....
Terima kasih kawan2.....


Saya Bosan

Aduiiii....bosan!
seringkali bila beron9 facebook...
saya jadi bosan......
saya hormat semua kawan2 FB saya
tak kiralah yg lelaki atau perempuan....
yang layan saya dengan baik n sopan ketika berchat...
maka lain kali saya akn selalu tegur dia...
tapi yang selalu nak uji,try, test saya tu...
minta maaf.....jangan kata saya sombong jika sapaan anda tidak berbalas....
Walaupun dunia kita bulat....jangan melabelkan yang semua perempuan yg bergelar ibu tunggal atau ibu tinggal itu sama....

Nota kaki: saya rindu nak berbalas komen dan berchat dgn DIA......


Cerita Tentang 'Hair Dryer'




Hair dryer, benda penting yang selalu ada sebagai perkakas untuk mendandan dan menata rambut. Tetapi, penggunaan hair dryer selain di salon  lebih banyak digunakan sebagai alat pengering rambut. Boleh menjimatkant waktu. Ya, begitulah alasan para wanita saat memilih menggunakan hair dryer dibandingkan mengeringkan rambut secara alami atau menggunakan kipas.
Namun ada juga segelintir wanita kurang suka menggunakan hair dryer. Alasan hair dryer dapat merosak rambut sering mereka ungkapkan. Sebenarnya, penggunaan hair dryer yang benar tidak akan merosak rambut. Sayangnya, ramai wanita yang menggunakan hair dryer sering melakukan kesalahan-kesalahan.

Berikut kesalahan yang harus anda hindari saat menggunakan hair dryer :

1. Jarak terlalu dekat dengan kepala
Ingin rambut segera kering dengan mendekatkan jarak hair dryer pada kepala bukan idea yang bagus. Hal inilah yang membuat rambut anda kering dan rapuh. Jarak terbaik untuk pemakaian hair dryer adalah 20 hingga 30 cm dari rambut dan kulit kepala. Semakin jauh jaraknya, waktu untuk mengeringkan rambut memang lebih lama, tetapi rambut anda akan lebih bahagia.

2. Tidak menggerakkan hair dryer
Tolong bezakan antara menggerakkan dan menggoyangkan. Seringkali para wanita selalu bertumpu pada satu titik yang dirasa nyaman saat memakai hair dryer dan enggan menggerakkan benda itu agar semua bahagian rambut terkena angin hangat. Menggoyang hair dryer hanya di satu bagian akan membuat rambut pada bagian itu lebih kering dibandingkan daerah lain.Jangan malas menggerakkan hair dryer.

3. Membalik kepala
Bila anda sering membalikkan kepala saat memakai hair dryer agar rambut di bagian dalam segera kering. Cara ini salah! Yang benar adalah, menyisir rambut yang baru dicuci dengan sisir garpu lalu bagi dan sepit rambut menjadi beberapa bahagian (seperti yang selalu dilakukan salon profesional). Membalikkan kepala hanya akan membuat rambut pening dan pusing...hehe

4. Berdiri saat mengeringkan rambut
Memang tidak ada larangan untuk berdiri saat menggunakan hair dryer, tetapi hasil yang lebih baik akan lebih terasa saat anda duduk dan menggerakkan hair dryer di atas rambut. Dengan duduk saat menggunakan hair dryer, anda akan lebih nyaman, fokus dan tidak berjalan ke sana kemari. Selain itu, anda tidak akan lelah dan dapat menggunakan tenaga itu untuk menggerakkan hair dryer seperti pada point 2.

5. Memegang sikat di tangan yang salah
Sepertinya semua wanita (bahkan profesional)pernah melakukan kesalahan ini, memegang hair dryer di tangan dominan (tangan terkuat) dan memegang sisir/brush di tangan yang lemah. Dapat dimaklumi karena hair dryer cukup berat. Menurut Eva Scrivo, seorang ahli kecantikan dari New York Ciry, cara ini terbalik. Dengan brush di tangan dominan, maka tangan Anda lebih memegang kendali untuk membentuk tata rambut. Silakan berlatih untuk menukar tempat hair dryer dan sisir/brush.

6. Tidak menyapu serum
Mengoles vitamin atau menyapu anti frizz serum pada rambut (terutama bagian ujung rambut) saat menggunakan hair dryer sangat penting tetapi sering diabaikan para wanita. Pemakaian serum dapat melindungi rambut dari terpaan panas hair dryer, apalagi jika anda sering menggunakan benda ini. Selain itu, penggunaan anti frizz akan membuat proses penataan rambut lebih cepat serta menjaga bentuk rambut dan tidakmudah bercabang dihujungnya

7. Selalu panik
Entah mengapa wanita sering kali panik saat memakai hair dryer, padahal mereka tidak sedang terburu-buru. Hal ini bisa membuat anda kehilangan fokus dan membuat angin hangat hair dryer berjalan ke arah yang tidak seharusnya, bahkan mengenai wajah anda. Kepanikan ini juga bisa membuat rambut anda kusut karena gerakan tak teratur. Tenangkan diri anda saat memakai hair dryer. Lebih baik lambat asal tata rambut rapi daripada panik lalu menghasilkan ‘sarang burung’.

8. Selesai sebelum kering
Sering mendapati rambut sudah terasa kering tetapi sebenarnya masih basah? Inilah kesalahan lain yang sering dilakukan, membiarkan rambut tidak 100% kering. Kadang, rambut terasa sudah kering padahal belum. Untuk memastikan apakah rambut anda telah kering. Matikan hair dryer dan tunggu 1-2 minit hingga suhu rambut mendapat suhu ruangan. Jika rambut masih terasa lembab, Anda harus menyalakan hair dryer kembali.

KFC Time...

Along and Adeq
Along suke sgt wat senyum mcm tu...
makanan tambahan adeq
kenyangggggggggg.....
Time ni kat econsave
Adeq dah mula bosan dok dlm troli ni
pantang nmpk ni,mesti nk naik


Seronok bersama mereka....
wlupun sentiasa kecoh....
hanya mereka yg mampu menberi
kebahagiaan dan kegembiraan pada saya....
















Saya minat Dia.....

Saya minat dia
sejak pertama kali dengar lagu dia
minat suara dia...
minat lagu dia...
minat tengok wajah dia....

Minat jew....bukan melebih2 pun.....
Dia artis kesayangan saya....









IMRAN AJMAIN.....


                                                                                                                                                            

Sepetang Di Dataran Tasik Kluang

Petang semalam bawak 3wan bersiar2 kt dataran tasik Kluang
mmg slu pergi tempat tu klu ade kelapangan...
Tempat ni luas....
ada tasik yg bnyk ikan..hehe nmpk tak org sdg sauk ikan tu....
Ada playground
ade tempat lepaking kt tepi tasik...mancing pon boleh
ade tmpt jogging n exercise

Happy tgk dorang
Along with his the  best sengih
sungguh2 si kecik ni....
Angah...senyunggg tk jadi
Happy time


 Bila tgk dorang happy...itulah saat paling terindah buat saya!



Bicara Tentang Rindu

sepi malam
tanpamu
basah gerimis resah
dingin semilir angin
angan terbang
mencari
bening matamu indah
hangat tawamu
yang selau kuimpikan
dan semua bayangan dirimu
melayang
namun tak sanggup
hapuskan harap
hadirmu di sini
oh rembulan
pasti kau melihat dia
jauh di sana
sedang apa dirinya
wahai angin
sampaikan rasa rinduku
kutitip senyum
lekatkan di hatinya
bintang-bintang
kerlipkan sinar di langit
mungkin dia sedih
tolong hibur dirinya
mimpi-mimpi
yang menanti dia terlelap
bawalah aku
agar ku dapat hadir di mimpinya



Masalah gangguan tidur

Tidur bagi manusia adalah hal yang sangat penting,kerana tidur mengendalikan irama kehidupan kita sehari-hari.Jika kita kurang tidur atau mengalami gangguan tidur, maka hari2 kita akn menjadi kurang bersemangat.Sebaliknya tidur yang mencukupi dan berkualiti akn membantu kita memiliki tenaga dan ghairah untuk menjalani aktiviti2 seharian kita.
Ramai di antara kita mengalami masalah gagguan tidur.Anda mungkin mengalami masalah ini jika beberapa hal2 yg berikut terjadi kepada anda....

  1. Anda merasa lelah dan tertekan pada waktu pagi hari atau malam hari.
  2. Anda memiliki lingkaran gelap dan membengkak di sekitar mata Anda.
  3. Anda jatuh tertidur di pesta atau setelah makan malam di rumah orang.
  4. Anda kurang aktif dan memiliki sedikit hubungan sosial.
  5. Anda merasa seperti kehilangan fokus perhatian yang membuat anda tidak dapat  memberi respon  terhadap rangsangan dari luar dan membuat Anda sensitif terhadap hal lainnya.
  6. Anda sangat sensitif terhadap rangsangan internal seperti sakit perut  atau kejang-kejang.
  7. Anda sering tidak dapat tidur, tidur tidak nyenyak ataupun bangun terlalu dini (awal subuh)
  8. Anda takut menghadapi malam hari karena Anda susah tidur.
  9. Anda mudah tersinggung atas hal-hal yang tidak penting.
  10. Anda ketagihan ubat-ubat tidur dalam beberapa bulan terakhir.
  11. Anda sering menggunakan rokok, alkohol atau ubat-ubatan untuk menenangkan diri dan membantu Anda untuk tidur.
Berikut pula adalah beberapa kekeliruan pandangan tentang TIDUR
  • Setiap jumlah jam tidur yang terlewat harus digantikan agar kita dapat kembali ke kondisi normal.
  • ubat tidur dapat membantu kita untuk tidur.
  • Minum minuman beralkohol sebelum istirahat dapat membantu kita untuk tidur.
  • Jika kita tidak boleh tidur, atau kita berbicara ataupun berjalan ketika tidur bererti kita memiliki masalah tidur yang cukup serius.
  • Jika kita tidur, kita selalu bermimpi atau selalu tidur nyenyak.
  • Jika kita susah tidur, tetap berbaring di tempat tidur sampai kita tertidur.
  • Beberapa orang tidur tanpa bergerak sepanjang malam.
  • Orang yang tidur siang adalah orang yang malas.
  • Masalah tidur akan hilang dengan sendirinya jika kita mengabaikannya.
  • Masalah tidur bukan masalah serius
 Berikut adalah penjelasan berbagai jenis masalah tidur. Masing-masing masalah ini berbeza cara penanganannya. Kadang-kadang beberapa masalah memerlukan campur tangan doktor. 

             Insomnia

  • Insomnia adalah suatu gangguan tidur yang dialami oleh penderita dengan gejala-gejala selalu merasa letih dan lelah sepanjang hari dan secara terus menerus (lebih dari sepuluh hari) mengalami kesulitan untuk tidur atau selalu terbangun di tengah malam dan tidak dapat kembali tidur. Seringkali penderita terbangun lebih cepat dari yang diinginkannya dan tidak dapat kembali tidur. Ada tiga jenis gangguan insomnia, iaitu: susah tidur (sleep onset insomnia), selalu terbangun di tengah malam (sleep maintenance insomnia), dan selalu bangun jauh lebih cepat dari yang diinginkan (early awakening insomnia). Cukup banyak orang yang mengalami satu dari ketiga jenis gangguan tidur ini. Dalam penelitian dilaporkan bahwa di Amerika Serikat sekitar 15 persen dari total populasi mengalami gangguan insomnia yang cukup serius.

    Gangguan tidur insomnia merupakan gangguan yang belum serius jika Anda alami kurang dari sepuluh hari. Untuk mengatasi gangguan ini kita dapat menggunakan teknik-teknik relaksasi dan pemrograman bawah sadar. Yang penting kita harus dapat menjaga keseimbangan frekuensi Gelombang Otak (Brainwave) agar sesering mungkin berada dalam kondisi relaks dan meditatif sehingga ketika kita harus tidur kita tidak mengalami kesulitan untuk menurunkan Gelombang Otak (Brainwave) ke frekuensi Delta.

    Narcolepsy
    Narcolepsy adalah gangguan tidur yang diakibatkan oleh gangguan psikologis dan hanya bisa disembuhkan melalui bantuan pengobatan dari seorang dokter ahli jiwa. Penyakit ini berbeda dengan insomnia yang terjadi secara terus menerus. Justru penderita narcolepsy ini terkena serangan secara mendadak pada saat yang tidak tepat, seperti sedang memimpin rapat – biasanya terjadi serangan pada kondisi emosi yang tegang seperti: marah, takut atau jatuh cinta. Serangan narcolepsy dapat melumpuhkan seseorang dalam beberapa menit ketika dia masih sadar dan secara tiba-tiba membawanya ke alam mimpi.

    Hypersomnia

    Gangguan ini adalah kebalikan dari insomnia. Seringkali penderita dianggap memiliki gangguan jiwa atau malas. Para penderita hypersomnia membutuhkan waktu tidur yang sangat banyak dari ukuran normal. Meskipun penderita tidur melebihi ukuran normal, namun mereka selalu merasa letih dan lesu sepanjang hari. Namun gangguan ini tidaklah terlalu serius dan dapat diatasi sendiri oleh penderita dengan menerapkan prinsip-prinsip manajemen diri.

    Apnea
    Apnea merupakan salah satu gangguan tidur yang cukup serius. Lebih dari 5 juta penduduk Amerika Serikat mengalami gangguan ini. Faktor risiko terkena gangguan ini antara lain: kelebihan berat badan (overweight), usia paruh baya terutama pada wanita, atau usia lanjut (lansia) yang pernah mengalami ketergantungan obat. Apnea adalah penyakit yang disebut juga ”to fall asleep at the wheel” karena sering dialami ketika penderita sedang mengemudikan mobil. Apnea terjadi karena fluktuasi atau irama yang tidak teratur dari denyut jantung dan tekanan darah. Ketika terserang, penderita seketika merasa mengantuk dan jatuh tertidur. Penderita apnea mengalami kesulitan bernafas bahkan berhenti bernafas pada saat tidur ketika terserang gangguan ini (dalam bahasa Jawa disebut ”tindihan”). Fluktuasi denyut jantung dan tekanan darah yang tinggi dapat menyebabkan kematian seketika pada penderita.

    Perilaku Menyimpang
    Gangguan tidur lainnya seperti berbicara atau berjalan dalam keadaaan tidur, ataupun menggertakkan gigi merupakan gangguan tidur yang tidak berbahaya. Namun berbahaya jika berjalan dalam tidur menemui obyek yang berbahaya (benda tajam, api, dll) atau terjatuh. Gangguan berbicara dalam tidur hanya akan mengganggu teman sekamarnya. Sedangkan menggertak gigi dapat merusak email gigi. Penyakit menggertak gigi ini disebut dengan bruxism.

    Dengan mengetahui dan memahami berbagai jenis gangguan atau penyakit tidur kita dapat mengambil langkah yang diperlukan. Sepanjang masih bisa diatasi sendiri dengan teknik-teknik manajemen diri (relaksasi dan pemrograman bawah sadar, meditasi, dan pola hidup yang sehat dan seimbang), maka kita sebenarnya dapat menjadi bagian dari solusi masalah yang kita hadapi. Untuk gangguan atau penyakit yang serius seperti narcolepsy maupun apnea, kita harus berkonsultasi dengan dokter ahli, karena mengabaikan gangguan tersebut dapat berakibat fatal (mematikan) bagi penderita.