7 Sikap Dibenci Ketua

Berbakat sahaja tidak mencukupi sebaliknya anda juga harus peka dengan kehendak jika mahu dipandang tinggi oleh ketua anda.Kenalpasti apa yang tidak disukai ketua dan jangan sesekali mengamalkanya.Tingkah laku anda pasti menjadi perhatianya dan bakal mengundang tanggapan negatif.Oleh itu hindari sikap-sikap di bawah ini agar tidak dibenci oleh ketua sendiri.

1. MERENDAH KREDIBILITI ORANG LAIN
Jangan bersikap demikaian kerana ini akan menyebabkan perasaan tidak senang di kalangan rakan kerja yang lain.Sebaliknya tunjukkan sikap ramah,mesra serta rendah diri walaupun anda mempunyai pangkat yang lebih tinggi.

2. PERKARA REMEH
Jangan mengadu perkara yang tidak penting.Anda harus sedia maklum akan kesibukan ketua dan dia tidak mempunyai masa untuk melayan perkara2 yang remeh temeh.Ianya hanya akan mendatangkan perasaan kurang selesa ketua terhadap anda.

3. TIDAK BERDISIPLIN
Jangan lewat datang ke tempat kerja serta masuk pejabat sesuka hati.Tidak berdisiplin bukanlah sesuatu yang pelik malah merupakan penyakit sejak dulu lagi.Andai anda berdepan masalah,berikanlah alasan yang munasabah agar dapat dipertimbangkan oleh ketua.
 
4. BERDOLAK DALIH
Jujur dan cuba berterus terang jika melakukan sebarang kesilapan.Jangan menunding kesalahan kepada orang lain,ini akan mengakibatkan ketua anda  mungkin hilang kepercyaan terhadap diri anda.

5. TIDAK BOLEH
Elakkan sikap kurang keyakinan diri dan jangan sesekali katakan tidak boleh.Tanamkan sikap positif yang anda mampu melaksanakan apa jua tugasan yang diberikan.kesannya ketua akan pasti menyukai anda.

6. BANYAK CAKAP
Hanya banyak bercakap daripada bekerja.Suka bergosip dan cakap besar.Itu semua dibenci oleh ketua.Cuba tunaikan apa yang anda cakap,bukan kah ianya lebih baik?

7. JATUH MENJATUHKAN ORANG LAIN
Amalkan saling menolong,berkongsi2 ilmu serta maklumat.Kerja berpasukan sebegini bakal menghasilkan kerja yang luar biasa.

SHARING IS CARING..
Info daripada : Majalah Seri Dewi & Keluarga keluaran Mac 2010


0 org sayang Izzan....:

Post a Comment

Dah Baca Jangan Lupa Komen Tau....Terima Kasih Yew...~Izzan~