Disayangi atau menyayangi????


PILIHLAH ORANG YANG MEYAYANGI ANDA BUKAN ORANG YANG ANDA SAYANGI.....

Yang mane satu pilihan anda???
disayangi atau menyayangi???bila kita meyayangi...kita nak slu bersamanya....
hari2 kita meluahkan perasaan syg n rindu padaya...
kita sanggup lakukan ape saje untuk die....
kita sanggup berikan ape sahaja...
kita akn cuba memahaminya w/pun sometime kita rase dia tk faham ape yg kite rase....

And bila kita tahu seorang tu sayang  kt kita...
kita dpt rasekan yang die slu memerhatikn kita...
slu memahami kita...
dia akn slu menjaga hati kita....
akn melakukan ape sahaje untuk kita....
slu membisikkan kata2 indah untuk kita...
die slu ingin memberikan yg terbaik untuk kita...
untuk  membahagiakn kita...

Kita juga pernah dengar "KALAU BERTEPUK SEBELAH TANGAN MASAKAN BERBUNYI" Jadi kalau dia tepuk tapi kalau kita tak tepuk ok ker. (baca: kalau kita dicintai tapi kita sendiri tidak mencintai ok ker.) Rumit kan.

Ada juga orang cakap terima dulu cinta dia. Lama-lama kita pun akan boleh terima dia. Permasalahannya berapa lama kita boleh terima dia? Sabar ke dia menunggu kita?

Berbalik kepada statement pertama di atas. Rasa-rasa boleh diguna pakai ker? Sekarang ni yang aku tengok ramai orang (baca: perempuan)  menggunakan statement ni kan. Satu soalan. Korang nak terima ker lelaki yang mencintai anda tapi anda sendiri tidak mencintai dia. Secara analoginya, korang boleh terima ker makanan yang sedap tetapi anda sendiri tidak menyukainya. Jangan jawab. Fikir sendiri.

Satu situasi mengenai statement di atas. Anggaplah kita menerima insan yang mencintai kita. Tapi bolehkah kita membalas balik cintanya? Ingat. Cinta tidak datang secara dipaksa-paksa. Cinta juga kadang-kadang hadir di masa kita tidak memerlukannya. Dan bila ianya hadir, kita memang tidak boleh menolak cinta. Macam mana jika di ketika kita menerima seseorang dan kita pula ditakdirkan jatuh cinta dengan insan lain. Secara analoginya lagi, ketika kita menyuap makanan yang kita tidak suka dan tiba-tiba makanan paling digemari terhidang di depan mata. Apa tindakan kita? Terus menyuapkan suapan ataupun berhenti dan memilih makanan yang lebih digemari. Rumit. Memang rumit....mmg tidak mudah tp indah kan???

Jadi mengikut pendapat peribadi saye, nak tukar laa statement di atas: 

"Kita kena pilih orang yang MENYAYANGI kita dan juga orang yang kita sendiri SAYANGI."

Fair and square bukan. Kita mendapat insan yang mencintai kita dan yang kita sendiri cintai....


p/s..........Mr Dear???????

0 org sayang Izzan....:

Post a Comment

Dah Baca Jangan Lupa Komen Tau....Terima Kasih Yew...~Izzan~