Suami Pilihan

Apa yg sebaiknya dipertimbangkan ketika memilih... suami??
- Kuat agamanya
Biar sibuk sekalipun, shalat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah laki-laki yang taat pada agamanya. Rasulullah menerima pinangan Sayyiidina Ali buat puterinya Fatimah. dikarenakan ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman.

- Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut . Sopan tutur kata gambaran pribadi dan hati yang mulia.Rasa hormatnya pada Orang tua. Mudah di ajak bicara. Tidak terlalu berahasia.

- Tegas mempertahankan Harga Diri
.Pernahkah dia mendatangi tempat-tempat yang menjatuhkan kredibilitas dan Harga dirinya sebagai seorang Muslim? amanahkah ia dalam menjaga Kehormatan seorg wanita?

- Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja dan menyalahgunakan kepercayaan, bila berjanji tidak ditepati, lupakan saja. :p

- Pemurah,
dermawan tetapi tidak borosDia bukanlah seorg yang pelit atau kikir tapi cermat dan tahu benar bagaimana menggunakan uang dan hartanya secara bijaksana. Dia bebagi secara tulus dengan yang berhak.

- Tidak Jelalatan Matanya.
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai, karena sebaik-baiknya laki laki adalah yg Mampu menjaga pandangannya.

- Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.

- Teman pergaulannya
Teman-teman pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.

- Bertanggungjawab & setia
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan keluarganya. Jikaibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab. Setia mengarungi bahtera hidup bersama walau susah ataupun senang.

- Pancaran Wajahnya Tenang.
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.




Info Untuk Wanita Yang Berkereta..





Memandangkan wanita gemar sangat nak hias kereta dengan pelbagai koleksi patung macam gambar kat bawah ni, maka artikel  ini ‘wajib’ anda baca. Nak tahu kenapa? Anda bacalah untuk mengetahuinya..

Semalam, saya sampai ke ofis agak awal. Jadi saya duduk dululah dalam kereta sambil mendengar lagu. Tiba-tiba, terkejut saya apabila ternampak kereta peronda polis berhenti dibelakang saya. Dengan penuh gaya, seorang polis datang ke arah saya.

“Selamat Pagi, Cik Kak..”

“Errr selamat pagi”.. jawab saya, dengan nada yang terkejut. Tahu yang saya nampak panik, polis tu tersenyum sambil berkata:

“Selalu ke ofis, memandu sorang diri ke?”..

“Errr.. ya, saya sorang je. Apahal Encik..?”

“Beginilah, saya cuma nak menasihatkan awak saja. Awak tak buat kesalahan apa-apa, jangan takut. Cuma…macam yang kita semua tahu, sekarang banyak betul berlaku gejala ragut, rogol, cederakan, bunuh.. berlaku kepada wanita. Orang-orang yang tak sihat ni, selalunya akan perhatikan dulu mangsa mereka, beberapa hari sebelum dia nak mengganas”.

“Saya nasihatkan awak, jangan terlalu menghias kereta yang boleh menggambarkan sesebuah kereta kepunyaan wanita. Kalau boleh, anak-anak patung dan bunga-bunga, jangan diletak didalam kereta. Biar ‘mereka’ susah nak membezakan kereta lelaki dan kereta wanita. Lagipun hiasan anak-anak patung ni memang menjadi pemikat kepada mereka-mereka yang suka bersembunyi dicelah kereta, terutamanya dikompleks-kompleks beli-belah untuk mencari mangsa. Sebab mereka tahu, hanya wanita saja yang suka menghias kereta dengan anak patung nih”.

“Banyak kes ragut di tempat parking, mendapati penjenayah berada ditepi kereta mangsa, beberapa minit, sebelum mangsa sampai.. Dan salah satu cara mereka nak tahu kereta tu milik wanita atau lelaki, ialah melalui keadaan dan rupa dalaman kereta itu. Jadi berhati-hatilah, jaga diri baik-baik”. kata polisi itu lagi sebelum berlalu.

“Terima Kasih encik..” jawab saya, bertambah-tambah pucat. Errrrrrrr… . betul jugak. Tiba-tiba terus perasaan takut menjelma. Sebelum ni tak ada pulak. Memang tak terfikir saya sebelum ni, yang hiasan kereta juga mengundang bahaya. Hmmmm… nampaknya Hello Kitty, Pooh dan kawan-kawannya tak boleh lagi berjalan-jalan bersama Kancil saya. Kena duduk kat rumah aje.

Moral of the story:
Hiasan kereta bukan saja menarik kanak-kanak, tetapi juga menarik penjenayah!!


Nota kaki: Saya dalam artikel diatas bukanlah saya.....info ini daripada Malaysian Community








Di Tag Lagi......:)

Salam aidiladha semua.....

Jengah Mr blog pepetang ni tgk ada  someone yang gedik2 telah mengetag saya...hehe sorry misz Domu....terpanggil awak gedik...muaaah....jgn marah!!!
Pasni saya nak cari 11 orang pulak untuk di TAG.....
B4 tu...kene letak syarat2 dulu,saper yg terTAG tu kene buat ikut langkah ni.....

1.Kene letak syarat dulu
2.Terangkan 11 perkara tentang diri anda dengan cara yang paling kreatif dan ringkas.....
3.Selepas tu,sila jawab 11 soalan yang Izzan kepilkan bersama.....
4.Jangan lupa bina 11 soalan baru untuk dijawab oleh kawan2 yg anda tag....


SYARAT-SYARATNYA

1. You must post this rules
2. Each person must post about themselves in their journal
3. Answer the question the tagger set for you in their post and create 11 new questions for the people you tagged to answer.
4.You have to choose 11 people to tagged and link them to the post.
5. Go to their pages and tell them you have tag HIM/HER.
6. No tag back!
7. No stuff in the tagging swction about " YOU ARE TAG IF YOU READING THIS" YOU LEGIMATELLY ( a.k.a  REALLY,TRUST WITH ALL HONEST) have tagged 11 people...


11 perkara yang Izzan nk bagitau korang tentang diri Izzan:

1.Seorang yang suka berkawan....
2.Suka warna marron dan coklat....
3.Suka makan coklat....
4.Sedang gigih belajar Bahasa Tamil sejak ditukarkan mengajar di SJKT.
5.Suka budak2...dan dah ada 3 hero kecil ( My 3Wan )
6.Suka tanam bunga
7.Suka masak
8.seorang yang cepat terasa (tacing)
9.menyampah tgk perempuan yang merokok
10.takut memandu pada waktu malam....
11.benci pada orang yg curang dan tak setia pada cinta....

INI PULA SOALAN DARI MISZ DOMU:


1.Ur birth's name------> Noorizan Bte Mat Zain
2.kerja/student -------> kerja daa ( guru )
3.Umur sebenar dalam Mykad------>next question pls....!!!
4. Kenal Misz Domu sapa?------> Blogger yg suka bercoloteh....
5.Masa lapang buat apa ------> Blogging,housekeeping dan melayan 3wan
6.Asal mana------> Asal Sabah tp menetap di Kluang,Johor.
7.Tinggal kat mana------> Dalam rumah laa syg oiiii....
8.status------> Pernah berpunya dan dah ada 3wan
9.1+2+4+8+9+10+112------>pasal die tak kasi tekan kalkulator,Izzan mls nak jawab!!!
10.5 words describing youself------> 3wan adalah duniaku yg terindah.....
11.suke tnye bnyk2------> tgk dulu saper yg tanya....kalau suka orang yg tanya tu...tanyalah banyak mana pown....

DAN,INI PULA SOALAN DARI IZZAN UNTUK ANDA....


1.suka wrna apa?
2.kegemaran?
3. status?
4. kereta idaman?
5.Lokasi perlancongan yang anda pernah pergi?
6. pandangan anda ttg blog SIMPLE STORY ABOUT MY LIFE?
7. lagu apa yg paling anda suka?
8. harapan anda lagi 20 tahun akn datang...anda sudah punya apa????
9. Tiga tabiat buruk yg ada pada diri anda?
10.Pandangan anda tentang SAHABAT?
11.Ini kali keberapa anda melawat blog ini?pertama kali?lebih dari 3 kali?berkali-kali?

Mangsa yang telah ditag ialah:
4.Cty

Nota kaki: maaf andai anda tak suka ditag......
memula mcm mls nak layan benda ni...tapi bila dah siap...wah...happy n bangga pown ada...hehe!










Resepi Rendang Kambing

 
Bahan-bahan:1kg daging kambing
1 biji bawang besar
2.5cm halia
5 ulas bawang putih
4 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar serbuk cili
1 biji kelapa - diperah santannya
6 helai daun limau purut
1 peket kerisik
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara memasak:1. Perapkan daging kambing dengan bahan yang telah dikisar. Masukkan sekali dengan serbuk kari dan cili. Gaul rata dan perap.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan daging yang diperap itu tadi. Kacau hingga sebati dan pecah minyak.
3. Selepas itu tuangkan separuh santan ke dalam daging dan kacau rata.
4. Setelah agak kering masukkan santan yang selebihnya dan kacau hingga sebati.
5. Masukkan kerisik dan daun limau purut dan kacau lagi.
6. Akhir sekali masukkan gara dan gula secukup rasa.Bila sudah hampir pekat kuahnya, bolehlah diangkat dan dihidangkan.


Aidiladha: Satu Kekurangan Seribu Kelebihan

Semuanya tiada.
Tiada Jualan Murah.
Tiada Lagu Raya.
Tiada rancangan khas di televisyen.
Tiada mercun dan panjut menghias malam.
Segalanya tiada.

Ibu kota sunyi sepi.
Tiada hiruk pikuk seperti menyambut ketibaan Syawal.
Apa yang sayup-sayup terdengar hanyalah Takbir.
Di menara masjid, di surau-surau, di sesetengah rumah. Itu sahaja.
Tetapi, tidakkah itu semua suatu kelebihan?
Satu nikmat pada yang tiada. Aidil Adha tiba tanpa pesta dan hiburan.
Hanya Takbir, Solat di hening Dhuha serta ibadah korban didukung jiran tetangga.
Hakikatnya itulah makna sebuah Hari Raya.
Hari membesarkan Allah, hari mencipta pahala, bukan hari melakar dosa.
Syukur pada-Mu ya Allah. Aidil Adha masih terpelihara.
Masih jauh daripada pesta dan dosa. Moga kekal begitu hendaknya.

KEKURANGAN YANG SATU
Kekurangannya hanya pada yang satu.
Anak-anak tidak pulang ke desa.
Jika ada pun, mungkin di hari kedua.
Kerana komitmen kerja dan tanggungjawab yang tidak mengenal Raya.
Kampung halaman kurang menerima kepulangan anak kota.

Namun…
Andai kekurangan itu membolehkan anak-anak menjadi soleh dan terhindar daripada dosa....
maafkanlah kekurangan itu duhai sang ayah, duhai sang bonda.
Mungkin takbir Aidil Adha sedikit sepi daripada gelak tawa mereka...
tetapi jika dengan itu anak-anak bisa lebih patuh kepada yang Esa, maafkanlah kekurangan itu.
Anak yang akan memanjangkan doa selepas matimu...
bukan semestinya anak yang selalu pulang,
andai pulangnya membawa dosa.
Anak yang doanya didengar Tuhan,
bukan semestinya anak yang pulang dengan hilai tawa kegembiraan,
andai ketawa itu hanya menjauhkan keluarga daripada-Nya.
Anak yang doanya didengar Tuhan,
adalah anak yang soleh, anak yang patuh kepada Tuhan.
Biar pun di Aidil Adha mereka dan ibu bapa terpisah berjauhan.
Ibrahim jauh daripada keluarganya.
Hajar dan Sarah sering jauh daripada suami mereka.
Ismail dan Ishak sering berjauhan daripada ayahanda,
namun rumahtangga itu memancarkan sejuta kehebatan.
Biar tubuh terpisah  di ufuk mentari, semuanya hampir, dekat di hati.
Jauh adalah pada jauhnya semua daripada-Nya.
Dekat adalah pada intimnya kita mendampingi Dia.
Justeru pada satu kekurangan di Aidil Adha, maafkanlah anakanda yang kejauhan.
Kerana mungkin dalam kekurangan itu, doa si anak lebih didengar Tuhan.
Maafkan kami wahai ayah dan bonda.
Ampunkan kami wahai Tuhan yang Maha Memaafkan.

SUMBER INFO: ABU SAIF @ www.saifulislam.com


Sayu Menjelang AidilAdha....

Assalamualaikum sume dan salam Aidiladha....
 
Sayu rasanye bila menjelang aidilfitri  Aidiladha ni...
Duduk jauh di perantaun....jauh dari family...jauh dari mama n adik2....
Disini cuma saya dan anak2.....
Jiran2 ramai yang balik kg masing2....
malam raya nnti mesti sunyi lorong ni....
Mood nak masak untuk raya pun tkde....
Tapi terpaksa masak juga sbb nak tukar2 juadah dengan jiran2 yang masih ada...
Tu yang seronoknya kt sini...sering bertukar2 juadah semasa hari raya.....

Sebenarnya ada hal lain yg membuat saya jadi sayu...sayu sgt2....
Baru sebulan lebih bermula.....
Rasenya mcm dah nak berakhir....
Selalunya saya yg sering merajuk....angin tk tentu pasal
bila die mula jarang menelefon saya....tak bls sms saya....
Tapi semalam dia pula yg merajuk....bkn majuk...marah sebenarnya....
Sebabnya dia melihat ramai lelaki yg komen kt wall FB saya....
Sebab tu jer ke???or sbb lain????
Setakat komen biasa jer...dan saya tk pernah meletak syarat bahawa lelaki tk blh nak mengomen or menglike status saya.....
Tak sempat nak memberi penjelasan,dia membisu seribu bahasa...call tk angkt,SMS tk berbalas....
 
Nota kaki: Saya hnya mampu berserah dan redha ats ape yg akn berlaku...kalau ditakdirkan die pergi....
langit masih berada di atas sana....dan air tk akn berhenti mengalir...!!!
Maafkan saya!!!



Hidup Seperti Lompat Tinggi

Hidup itu seperti lompat tinggi,
kadang-kadang kita perlu undur beberapa langkah...
untuk mencapai lompatan yang sempurna...
 

Hidup Dalam Dunia Khayalan????

Saya teringat pada seorang teman???
Teman???bekas teman sebenarnya...
Dia masih muda...baru mempunyai seorang anak.....
Mengenalinya banyak memberikan perkongsian cerita....
Kadang2 cerita yg sukar dipercayai kesahihannya....
Hinggakan saya merasa dia hidup dalam angan2 dan khayalan semata2....

Membaca status dalam wall facebooknya
dari hari ke hari membuahkan perasaan meluat....
Hanya tahu merintih....mengeluh tentang hati yg luka....
tentang rindu dan kasih yg terbiar.....
Mmg itu wall dia...suka hati dia nak tulis apa...kan..kan...bicara itu hak masing2
Tapi alangkan indahnya...
alangkah romantiknya....
jika semua luahan isi hati itu....
ditujukan khas untuk suaminya....
bukan untuk sekejab lelaki ni...
bila lelaki ni pergi....untuk lelaki ini pula....
Mmg bosan dan meluat sgt2....
sehinggakan ada komen terang-terangan dekat wall die yg mengatakan
"Rosak tul adik aku ini...asyik jiwa kacau jer"
Sehinggakan saye menerima 3 inbox yg bernada kekesalan
kerana melihat die semakin hanyut dalam cerita dogeng die...!!

Setelah berbulan2....
Kerana rasa perihatin dan rasa sayang...
kerana dah anggap die seperti adek sendiri...
Sedikit teguran di berikan.....
namun hampa...keras kepala dan hati panas membara...
siap tulis kt wall yg die rasa mcm nak bg penampar jer tuk org yg suka sibuk ttg hidup dia...
Aikkkk.....yg dok hari2 mencanangkan cerita dogeng die dgn lelaki2 kat saya itu ape????
Sebab ape saye katakan cerita dogeng....???
sebab bila saye cuba bertanya pada lelaki itu...
saye mendapat cerita dalam versi yang berlainan.....

Jadi akhirnya...saye di UNFRIEND!!
Saya penyibuk kan?????
Saya cuma mampu berdoa...
semoga dia hidup dalam kebahagiaan..
teguran yg diberi itu bukan untuk menjatuhkan....
itu tanda kasih seorang kakak....
setiap patah perkataan hinaan yg ditujukan untuk dia
saya turut merasa pedihnya....
Nasihat saya...pertahankan mahligai suci itu....
sunyi bukan alasan untuk menagih kasih dari lelaki lain....
Berpisah itu sebenarnya tidak indah...anak2 sering menjadi mangsa...
Diri sering dipandang serong.....
setiap gerak langkah sering diperhatikan....


Maafkan saya!!!



Segmen:BEN ASHAARI & LYSSA SECRET:Antara dua blog......

 

Salam semua...
Ni dah dekat 8 pm...rushing nak siapkan entry ni sbb duetime pd 8 pm....
So nk promo tang mereka berdua dan segmen ni pown dah tak sempat.....sebab saye percaya setiap blogger mesti kenal dengan dua blogger hebat ini kan.....

Terus nk jwb soalan.......

Persamaan antara 2 blog ni????
Masing2 ade link blog...maksudnya blog BE ade link blog LS...dan begitu juga sebaliknya....
So bila kita berada di dalam blog BA...secara tk langsung kita akn dapat melihat dan menjeling entry terbaru dari LS.....
Selain itu...dari segi follower...masing2 ade aura tersediri sehinggakan dapat mengumpul follower dalam jumlah yang ramai....

Pendapat untuk memajukan kedua2 blog???
Untuk blog BA...kekalkan konsep yg ade sekarang iaitu banyak membantu newbie untuk 
memperkenalkan blog mereka....setiap entry dalam BA juga bnyk terselit pedoman dan nilai sama ada secara tersurat atau tersirat untuk kita menghadapi kehidupan ini...
Untuk blog LS....sama juga...banyakkan lagi memberi tutorial sebab ianya dapat menarik minat untuk mengunjungi blog ini....dan banyak membantu newbie membuat hiasan dalaman blog masing-masing.

Alamak...dah hampir time die...huhu...harap2 sempatlah ni.....


Kek Lapis Masam Masam Manis



Bahan A
16 oz mentega golden churn
2 gelas gula (boleh di kurangkan gula kpd 1cwn bg yg xthn manis)
2 sudu teh vanila

Bahan B

10 biji telur gred A/B
1 tin susu pekat manis
2gelas biskut marie [ditumbuk]
1gelas tepung hong kong
1 sudu teh bikarbonate soda
1 gelas horlicks

Bahan C

pewarna hijau,kuning atau coklat (pilih 2 atau 3 pun boleh)
12 bungkus haw flakes

Cara cara membuat bahan2:
Pukul Bahan A hingga kembang menjadi putih

Pukul Bahan B berasingan,telur pukul hingga kembang
baru di masok kan yang lain mengikut urutan list bhn ini

Satukan kedua-dua adunan dan kacau rata.
Masukkan tepung biskut marie dan baking powder.

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian , satu diwarnakan kuning, yg satu lagi diwarnakan hijau.
Sediakan loyang 8x8 atau 7x7 juga boleh,sapukan sedikit butter,kertas minyak mengikut saiz loyang,barulah taburkan sedikit tepung ditepi loyang,untuk mengelak dari melekat.
Kukuslah selapis-selapis dan tutup loyang dengan kain putih,atau kertas putih juga boleh,tp letak senduk panjang melintang di atas loyang untuk menahan kertas dari masok ke dalam acuan tu. tutup pengukus,kukus selapis selama 5minit,barulah di masukkan warna yg baru.
setiap 2 warna selang selikan dengan haw flakes.
jika hendak membakar juga boleh tetapi kena tambahkan ovelette.

Jom Gelak Jahat Kejap...


Ada sorang lelaki ni. Dia nak blajar guna facebook. Dia SMS kawan dia untuk ajar macam mana cara nak buat facebook :
Lelaki : weh! Tolong ajar aku buat facebook bole tak?
Kawan : bole. Ko dah ada depan computer?
Lelaki : dah. Aku dah ada email pun
Kawan : cantekk! Ok, skrg ko bukak browser firefox atau internet explorer
  Lelaki : browser tu ape?
Kawan : laa. Ko click menu start, pastu cari tulisan internet explorer
Lelaki : pastu?
Kawan : kat kotak paling atas, ko type ‘www.facebook.com’ pastu enter
Lelaki : oke! Pastu weh?
Kawan : kalo da kuar gambar, ko isi form pendaftaran sesuai yg ada
Lelaki : isi yg mana weh? Takde pape pun kat page ni
Kawan : takkan la takde pape? Kat page tu tulis apa?
Lelaki : paling atas cuma ada tulisan ‘the page cannot be displayed’
Kawan : oh! Ko salah tulis dari awal tu
Lelaki : betul la aku type, www.facebook.com
Kawan : hm, mungkin connection internet ko mati
Lelaki : eh? Kene ada internet ye? Rumah aku takde internet
Kawan : cis. Senget! Jari aku sampai lebam kasik tau ko. Rupenye rumah ko takde internet
Lelaki : hehe. Takpe la. Nanti kalau aku pergi cyber cafe aku sms ko lagi ye. Thanx ye
Kawan : sokey bro, email ko ape weh?
Lelaki : www.taikocai@yahoo.com
Ada kawan aku buatkan. Aku belum pernah bukak lagi
Kawan : laa.. Mana ade email pakai ‘www’ kat depan. Alahaiii..
Lelaki : www tu ape weh?
Kawan : Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…



Mission Complete; 30 minit

Salam hari Ahad sume....
Pepagi Ahad camni best gak lau dpt kuar jogging2 or lari2 kan....
So...dgn semangatnya kejutkan 3wan seawal jam 7 pagi.....

Along: Rini g sklh erk...(terkebil2 smbil mate menjeling cari tuala)
Angah:Angah tak pandai mndi.....(ayat yg sama setiap kali dikejutkan tuk g sekolah...maksudnya die tk pndi nak mandi sendiri...tapi awal pagi jer yg tk reti nak mandi sendiri...lau belah ptg pntg masuk bilik air...)

So..kami anak beranak pun bersiaplah nak keluar...Hala tuju DATARAN TASIK KLUANG.
Apabila sampai jer...teruja melihat uncle2 apek cina ada 4,5 org sedang berjogging.....
Saye pun mulalah berlari...manakala 3wan lepaking kt playground....Along dan Angah happy berbuai,bergelongsor...Adeq lak membuta kt stroller....sbb mlm td dah kul 3  bru die tido.....

5 minit...ok lagi rasenya.....
10 minit...rase mcm nak berhenti jap...tp teruskan gak....
15 minit...kepala dah mula berpinar....
20 minit.....I mengah U......
25 minit....aduh....seksanya.....apek yg berlari melintasi saye sempat lak menjeling...perli ler tu....
30 minit...dah...cukup...aku dah tk larat sgt2 niiii....

Memang mengah sungguh....ni lah jadinya bila idea nak berjogging tu tetiba menerpa kat kepala otak ...setelah hampir setahun lebih tk penah berjogging lagi.....
Pancit habis.....mengah sungguh2....

Untuk uncle2 tu...lagi 3 hari saya datang...tapi sebelah petang...harap2 dpt jumpa korang sume...jelingan n senyuman korang menjadi semangat untuk saya terus berlari,,,,hehe




Ikan Masak Taucu

BAHAN-BAHAN :

3 ekor ikan bawal (blh tukar ikan lain klu nak)
2 peket taucu
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
4 biji cili merah-dibelah 2
1 /2 sudu teh asam jawa segera/atau boleh letak cuka juga
Sedikit gula- tak letak pun boleh
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :

- Bersihkan semua ikan dan letak garam/kunyit , goreng ikan sampai garing .
- Kupas semua bawang dan halia kemudian dimayang halus.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang dan halia , 
- Kacau serta biar sampai bawang layu.
- Masukkan semua taucu dan sedikit air serta kacau. Masukkan gula , asam jawa , garam dan cili merah serta kacau bagi semua bahan sebati. 
- Jika nak lebih banyak kuah tambah la air lagi .Akhir sekali masukkan semua ikan bawal yang sudah digorang tadi , kacau kejap dan rasa la garam kalau terkurang masin tambah la lagi garam , bila dah masak boleh la ditutup api dapur.

 * Boleh juga masukan cili merah...tapi saya jarang masukkan sbb anak2 saya tk nak makan lau nmpk merah2 ni....dorang takut pedas....




Pening....pening...:)

1- erm,nk cakap sikit dekat awak.. baca NO 5
2- Mmmm..cmnar na cakap? baca je la NO 8
3- na tahu ekh? ermm , baca NO 9 
4- huh, drpd pening baek baca jap NO 15
5- cmna ek na cakap.. NO 17 je k
6- kite nk ckp skrang tapi lebeh baek baca NO 16
7- kite akan ckp tp baca dulu NO 2
8- yg kite nk ckp neh simple ja..tp baca dlu NO 4 k?
9- tak payah la b’debar2 cm2..cume baca jap NO 18
10- Blom lg la..baca NO 19 ye..
11- da pnt ke? Baca jap NO 13
12- sbnrnye kite nk ckp kalau...(ah baca no 3 la)
13- tggal sikit ja lg bce NO 20
14- argh,pnt nih..bce NO 1
15- adush,dah pning dh ni.. baca la NO 6
16- laa, masih tak phm lg ka? Baca NO 12
17- ades, nk ckp nih..baca NO 7
18- kite ta tahu klu awk paham..tlg baca NO 10
19. Baca NO 11 dgn tenang ye..nanty awk akan tahu..
20- okex okex,skg kite ckp..bce NO 14, tp slow2 ja
~hehehehehehehe~

Alhamdulillah....Mereka mendapat Hidayah-Nya

بِسْــــــــــــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

Mereka ni sahabat saya sejak dari sekolah rendah lagi..
lepas abes sekolah, tk penah dah jumpa mereka....
Syukurlah sbb melalui facebook...saye berhubungan dgn mereka semula....

Mereka dah berubah.....
Syukur Alhamdulillah....
Mereka mendapat hidayah dari Allah Yang Maha Besar.....
Tak sabar nak jmpa mereka...
nak tgk depan mata sendiri...
wajah mereka bila bertudung.....

 Yang pompuan ni name die Erlina...my classmate sejak darjah 1 lagi....dah convert sejak 3 tahun lepas
baru kawen pd Feb tahun ini...
Yang bestnya die kawen dgn senior kami time sklh....
so yang lelaki ni pown convert ikut die.....
Semoga mereka hidup bahagia dalam hidayah-Nya.....


 Yang ni namenya Roselin...ayu kan die pakai tudung......
baru jer mendapat petunjuk dari Allah setelah menikah dgn si dia...
Semoga cepat2 dapat cahaya mata yer sayunk.....



Die ni bestfriend saye sejak sekolah rendah lagi...
Sebak n happy tgk die sekarang....
Bahagia dgn family die....
x sabar nak jumpa die.....
I miss U so mich much....

 si comey ni tetap maintain comey wlu dah beranak 4..yg terbaru die
baru mendapat seorang lg cahayamata lelaki...
now die menetap di kelantan...
sbb suami die org kelantan...
dah jd mek kelate daaa...

Nota kaki: Semoga korang akn hidup bahagia untuk selamanya....!!!

Aku dah melampau!!!

Saya rase mmg melampau
melampau yg terlampau2....
tapi untuk kepuasan hati sendiri
saya lega selepas bertindak melampau....
Mmg hilang sabar...luka yg berbulan2 ingin disembuhkan...
terasa luka tu disiat semula....
mmg menyakitkan...
sangat menyakitkan....


Berputar2 dan berbelit2
macam ular sawa....
macam anaconda
Dulu cakap laen....meluah2 kt blog ttg apa dia rasa....
tapi sume tu merapu....
MERAPU.....MENGARUT!
Ape yg buat saya menyirap dgn terlampau...
saya dituduh terlalu mengongkong sehingga hidup die tersekat....!!!
Ape ke halnya mamat yg melampau niiii????
die yg gatal  nak mengayat pompuan laen...
saya dituduh macam2....
Benda tu dah berbulan2 berakhir....

Wahai orang ...dengar ini...AWAK hanya SAMPAH bg saye!!!
maaf kalau saye terlalu melampau.....

Nota Kaki: Untuk Insan Yang Bertaktha Dihati....selama mana pown..sesepi mana pun...
Saye akn setia....sbb SAYANG ini....masih bertaktha di hati!!!

22 tanda Hari Kiamat Semakin Hampir


1.Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2.Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah,atau filem.

3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4.Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5.Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6.Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7.Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8.Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9.Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Nota kaki; Info dari SINI

Ben Ashaari Dan Rakan Blogger


Salam 1 Malaysia sume...Happy Deepavali untuk rakan2 yg menganut
agama Hindu....
Bila berblogwalking kt blog BEN ASHAARI td saye terpandang dan terbaca
ttg segmen terbaru die...
teringin nak cuba sbb saye tk pernah masuk n sertai mana2 segmen sebelum ni
kecuali penah sekali tinggalkan link kt ruangan komen BEN
  pastu saya nampak link blog saye terpapar 
kt ruangan MEREKA BARU BUAT BLOG

Blog saya ni mula tercipta pada 13  Ogos 2011
maknanya dah 2 bulan lebih daa..
ini n3 pertama saye ( Ini Bukan Yang Pertama )
Kenapa saye berblog????
Sebab saye boring time tu...
jiwa sedang kacau bilau....
sbb tu pada awal2 saye berblog tu saye bnyk merapu....hihi..
sekarang saye tahu dunia blogging ni bnyk faedahnya....
blh buat duit dan kawan...
boleh berkongsi banyak pengalaman dan cerita dari rakan2 blog yg laen....

IDOLA saye dlm dunia blog ni????
LELAKI~ BEN ASHAARI...ni bkn nk bodek tp realiti...
PEREMPUAN~ADZA IRDAWATI




Biarlah Jauh.....

Cukup cintai dia dalam diam....
bukan kerana membenci hadirnya...
Tapi menjaga kesuciannnya...
untuk meraih surga-Nya...
bukan kerana lemah untuk menghadapinya....
tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan...
yang begitu halus dan menyelusup......

Cukup cintai dia dari kejauhan...
kerana hadirmu tiada akan mampu menjauhkannya dari cubaan....
kerana hadirmua hnya akn mengoyahkan iman..
kerana hadirnua ungkin saja akn membawa kealpaan hati-hati yang terjaga...
Cukup cintai dia dengan kesederhanaan..
memupuknya hanya akan menambahkan penderitaan...
menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekeciwaan..
mengharapkan balasan hnya akn membumbui kebahagiaan para syaitan....

Nota kaki : Bukan hasil nukilan saya...hnya sebagai renungan bersama....( Info dari seorang teman di FB)




:(

 Maafkan daku,
kadang ada bisikan menyuntik kata kasih
dan memberi aku dalam khayal untuk melupakan kamu sejenak.
Kadang aku kuat,tapi selalunya aku lemah dan tersungkur.
Maafkan daku
Cuba kita belajar untuk mensyukuri nikmat yang ada..
Memberi satu harapan pada hati supaya syukur pada sesuatu yang telah menjadi milik kita.
Seseuatu yang telah kita ada.